Resipi diambil di SINI.
http://www.homechoc.com
Filling
250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound Versa White (SICAO)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
25gm Oreo Crumb
1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla
Base
Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)
Filling
1) Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.
2) Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.
3) Kemudian, cairkan coklat compound Versa White (SICAO) dan sejukkannya.
4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer. Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.
5) Anda tak perlu susah-susah
menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base
untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo
dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8. Pastikan biskut oreo
ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini.
Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.
6)
Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke
dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya.
Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing
pada setiap acuan padat dan rata.
Parutkan coklat compound Versa Milk (SICAO)
dan hiaskannya di atas mini oreo cheese cake yang dihasilkan pada
langkah (6). Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti
sejuk 'chiller' selama 3 jam.
**VERSI DEEJA