Sabtu, 14 April 2012

Mini Oreo Cheese cake


Resipi diambil di SINI.
http://www.homechoc.com
Filling

250gm Philadelphia Cream Cheese
130gm Coklat Compound Versa White (SICAO)
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
25gm Oreo Crumb
1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla

Base

Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)

Filling
1) Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream cheese masih sejuk dan terus diadun dengan mixer, hasil adunan akan menjadi berketul-ketul dan tidak licin.

2) Masukkan cream cheese ke dalam bekas mixer dan adunkannya dengan mixer sehingga kembang dan nampak 'fluffy'. Selepas itu, masukkan perahan jus lemon ke dalam adunan ini dan adunkan sehingga sebati.

3) Kemudian, cairkan coklat compound Versa White (SICAO) dan sejukkannya.

4) Selepas itu, campurkan adunan dari langkah (2) dengan coklat compund putih cair yang telah disejukkan tadi (jangan masukkan coklat compund cair yang masih panas ke dalam adunan cream cheese kerana ia boleh menyebabkan adunan berminyak). Kacau adunan hingga sebati tanpa menggunakan mixer. Seterusnya, campurkan oreo crumb dan 1/2 sudu kecil MEC3 French Vanilla ke dalam adunan filling cheese cake untuk memberikan aroma yang wangi dan menyelerakan.


5) Anda tak perlu susah-susah menyediakan base untuk resipi mini oreo cheese cake ini kerana base untuk resipi ini hanya menggunakan biskut Oreo sahaja. Ambil biskut Oreo dan susunkannya ke dalam paper cup bersaiz 8. Pastikan biskut oreo ditekan ke bawah supaya padat dan terletak di bawah dasar paper cup ini. Biskut oreo juga boleh diganti dengan apa jua biskut yang anda gemari.

6) Selepas itu, isikan adunan filing oreo cheese cake yang telah siap ke dalam paper cup yang mengandungi sekeping biskut oreo di dasarnya. Masukkan sehingga penuh acuan dan ketuk dengan lembut agar adunan filing pada setiap acuan padat dan rata.

Parutkan coklat compound Versa Milk (SICAO) dan hiaskannya di atas mini oreo cheese cake yang dihasilkan pada langkah (6). Akhir sekali, sejukkan mini oreo cheese cake di dalam peti sejuk 'chiller' selama 3 jam.


**VERSI DEEJA

Filling

250gm Philadelphia Cream Cheese
gula perang dalam 4 sudu besar
1 bekas yogurt perisa asli
25gm Oreo Crumb

Base

Biskut Oreo (apa-apa flavour yang digemari)

Cara buat,sama seperti resipi yg asal.


Selasa, 10 April 2012

Roti Jala



Bahan bahan
2 cawan tepung
2 cawan air
Sebiji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit minyak

Cara buat
Campurkan kesemua bahan
Blend didlm blender.
Tapis kan dan masukkan kedalam acuan roti jala

Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak atas kuali.
Sedia untuk menjala.

Kari Sotong



bahan-bahan
  • sotong dalam setengah kilo
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia 1.2 inci
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • Santan serbuk dalam sesenduk
cara memasak
  • Tumis bawang,halia dan daun kari
  • Tumiskan serbuk kari yang dicampur sedikit air.Tumis hingga pecah minyak
  • Kemudian masukkansotong
  • Masukkan sedikit air.
  • Masukkan santan
  • Perasakan dengan garam.
  • Siap untuk dihidangkan.

Bayam Tumis Air


Bahan bahan
Seikat bayam
Bawang putih/merah-untuk menumis
Perencah pati ikan bilis

Cara buat
Tumis bawang.
Masukkan bayam.
Kacau
Masukkan sedikit air dan perencah.
Jika masih kurang masin,tambahkan garam.
Sedia dihidangkan

Ikan Masak Asam Pedas Tumis


5ekor ikan
4-5 tangkai daun kesum
Bunga kantan-1 atau 2
1 sudu kecil asam jawa-guna yg pes
Garam/Belacan
Sebiji tomato-dibelah 6
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering – direndam
Belacan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar
2. Masukkan ikan.
3. Masukkan air asam jawa.Kemudian masukkan daun kesum , bunga kantan dan tomato
4.Perasakan dengan garam.Siap

Nasi Ayam


Untuk Nasi
4 cawan beras ( cuci dan toskan)
3 sudu besar marjerin
Bawang besar/bwng putih halia
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
Gunakan air rebusan ayam untuk memasak nasi.
(4 cawan beras+41/2 cawan air rebusan)
Cara penyediaan...
Masukkan marjerin,tumis bawang & halia.
Kemudian masukkan ke dalam beras yg telah dicuci.
Masukkan air rebusan ayam.
Tambah pewarna kuning serta garam.
*gambar di atas xtaruh pewarna
Masak di dalam rice cooker seperti biasa.
.
Untuk  sos cili 8 -10 batang cili merah
2 ulas bawang putih
3 sudu gula
cili sos secukupnya.

Tumbuk cili bersama bawang putih.
Kemudian tambah gula dan sos cili.
Tambah sedikit air.
Gaul rata.

Untuk Sup

Air Rebusan ayam tadi di tambah bawang yg telah ditumis tadi.
Masukkan juga rempah sup serta bunga lawang/bunga cenkih/kulit kayu manis/buah pelaga.
Masukkan garam.
Siap

Ayam.
Ayam yg telah direbus tadi di perap bersama kicap dan sos tiram
Kemudian goreng.

Kari Ayam


Bahan bahan
1/2 ekor ayam
Bawang putih/bwng merah/halia
Sepeket rempah kari daging
Cili merah-di potong tengah
Santan serbuk-satu senduk
Garam secukup rasa

Cara buat
Tumis bawng/halia
Masukkan rempah.
Bila sudah pecah minyak,masukkan ayam.
Kemudian masukkan santan,garam,cili besar.
Masak hingga ayam empuk.
Siap untuk dihidangkan.

Pegedil Daging

Bahan bahan
4 biji ubi kentang-direbus dan dilecek
Daging kisar
Daun bawang/daun sup-dihiris halus
Bawang besar-potong dadu
Sedikit rempah kari daging
Sedikit garam
Telur-tuk disalut

Cara buat
Kentang yg sudah dilecek ditambah dengan bhn2 diatas kecuali telur
Bentuk kan bulat dan dileperkan sedikit.
Celup dalam telur yg telah dikocok
Goreng.
Sedia untuk dihidangkan

Kari Udang


bahan-bahan
  • Udang dalam setengah kilo
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia 1.2 inci
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • Santan serbuk dalam sesenduk
  • Kacang buncis
cara memasak
  • Tumis bawang,halia dan daun kari
  • Tumiskan serbuk kari yang dicampur sedikit air.Tumis hingga pecah minyak
  • Kemudian masukkan udang bersama kacang buncis.
  • Masukkan sedikit air.
  • Masukkan santan
  • Perasakan dengan garam.
  • Siap untuk dihidangkan.

Isnin, 9 April 2012

Spagheti Carbonara



 Bahan-bahan
1 tin prego carbonara
Spagheti-di rebus,campur sedikit minyak
seulas bawang putih-untuk tumis
bawang besar-potong dadu
4 ketul sosej-potong serong2
daging kisar
sayur campur sejuk beku.

Cara membuatnya
Tumis bawang putih
Masukkan sosej,daging & sayur.
Masukkan sedikit air
Kemudian masukkan sos prego dan tambah sedikit air.
Masak sehingga kuah sedikit pekat.
Sedia untuk dihidangkan.

Coklat Cupcake



2 cawan tepung
1 cwn serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
(digaul semua tu)

2 cwn gula perang+ 4 biji telur (dipukul)
Kmd kesemua bhn tadi di campur.
Tambah 1 cwn minyak + 1 cwn susu cair
Lastly campur 1 cwn air panas mendidih.Kacau g
Kukus dlm 1 jam

Apam Pisang


1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula perang
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran, sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit.

Tat Telur


Bahan-2 nya :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan mntega
1/4 sudu teh garam

bahan-2 utk filling :
1/2 susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu mkn tepung kastad(bole jga pkai tpung jagung)
1/2 sudu mkn vanila

cara-2 buat :
1- msukkn tpung,gula bking powder & garam
ke dlm doh mixer & msukkan butter ..

2- gaul & msukkn telur hinnga mnjadi doh

3- utk buat filling ,pukul gula & telur, msukkan smua bhn lain & kacau sbati .

4- tekan doh ke dlm bkas tat.tuang bahan filling ke dlm bekas tat yg d letakkan td .bakar dlm oven

5- kalau sdh nmpk kekuningan & filling pun sdh nmpk x cair lagi mkna nya sdh masak la tu ..